Jika di
tanya soalan ni, "sape nak kurus???" mesti semua jawab "saya nak! saya
nak! tapi macam mane nak buat? saya dah control makan.saya makan
skit.saya diet.macam-macam saya buat tapi semuanya tak berhasil.mane
silapnya ya??? boleh awak bantu saya cik mun???" Insyaallah saya pasti
boleh bantu mereka yang ada masalah nak turunkan berat badan.Sebelum ini
pun saya ada masalah yang sama juga iaitu tahap kegemukan saya yang
sangat membimbangkan.Untuk lose weight, saya telah belajar mengenali apa
itu nutrisi, kalori,healty meal dan minum air secara konsisten.
Kalau
kita belajar matematik pun ada formula, nak kurus pun ada formula.Jadi
apakah formula untuk kurus? Jom tengok gambar kat bawah ini.
Sebelum
kita ketahui bagaimana berat badan kita boleh turun, jadi kita kenal
dulu bagaimana berat badan kita boleh naik secara mendadak.
a) (Kalori tinggi + Lemak tinggi) - Air kosong kurang minum = Gemuk @ Berat Naik
>>>apabila kita mengambil makanan yang mempunyai kalori yang tinggi secara tidak langsung lemak dalam badan kita akan menjadi tinggi dan lemak yang tinggi ini pula menjadi tepu didalam badan apabila kita kurang minum air kosong dalam sehari.
b) (Kalori kurang + Lemak tinggi) - Air kosong kurang minum = Gemuk @ Berat Naik
>>>apabila
kita kurang mengambil makanan yang kurang kalori tetapi lemak dalam
badan tetap tinggi kerana kita kurang minum air kosong walaupun kita
control pengambilan kalori yang tinggi.
c) (Kalori kurang + Air kosong minum 3 Liter) = Lemak turun @ Berat Turun @ Kurus
>>>apabila
kita kawal pengambilan kalori dengan kadar yang sepatutnya diperlukan
oleh badan kemudian kita konsisten minum air kosong 3 liter sehari,lemak
dalam badan pasti turun dengan bantuan air kosong tadi seterunsya berat
badan turun dan akhirnya kita boleh kurus.
Sepanjang
proses lose weight,apabila pengambilan kalori dikawal mengikut kadar
yang sewajarnya diperlukan oleh badan dan dibantu pula dengan minum air
kosong secara konsisten sebanyak 3 liter sehari,pasti lemak dalam boleh
turun dan apabila lemak turun maka atas sebab demikianlah otot badan
menjadi menggeleber @ flebby. Maka pada ketika itulah perlu ambil
protein.
Jadi
macam mane? Dah faham bagaimana berat badan boleh naik dan berat badan
boleh turun? Apabila kita kurang minum air kosong, makanan yang kita
makan itu mempunyai sejumlah kalori yang besar (bergantung pada apa yang
kita makan) dan ia menyerap menjadi lemak secara perlahan-lahan
sehinggakan pada suatu hari bila pakai baju, kita rasa sendat dan ketat
bila pakai baju kurung.Masa itulah kita akan tahu bahawa kita telah
gemuk dan berat badan kita telah naik dengan banyak tanpa kita sedari.
Sebenarnya kita lebih memerlukan air dalam badan daripada makanan kerana
dalam sistem tubuh kita 70% adalah terdiri daripada air sahaja.Jika
kita kurang minum air kosong maka kita akan terhidrasi (kering) maka
atas sebab itulah ada simptom kulit kering,lemah badan (tak bermaya)
sebab kurangnya oksigen dalam badan.Dalam air mengandungi H2O iaitu
kandungan oksigen yang membekalkan kita oksigen untuk bernafas dan
seterusnya membantu sistem tubuh kita dalam menjalankan prosesnya dengan
lancar.Ada segelintir di antara kita merasakan makan itu adalah perlu
daripada minum air,mungkin ada juga yang cakap "kalau tak makan,lapar
la", ya itu betul.Kalau tak makan kita memang rasa lapar tetapi apakah
makanan yang kita berikan kepada perut kita? Adakah ia merupakan "healty
meal" atau tidak?
Apa itu
"healty meal"???? Healty meal itu membawa pengertian dalam sebuah
pinggan itu mengandungi karbohidrat sikit, sayur-sayuran banyak,protein
banyak.Makan secara seimbang dan sihat.Jika kita makan makanan yang kita
suka saja mungkin boleh membawa kepada masalah sembelit, jerawat di
wajah, kulit kasar dan bermacam-macam lagi. Jadi mulai sekarang ubah
cara kita makan setiap hari,cuba amalkan cara pemakanan yang sihat untuk
diri kita sendiri.Mesti ada yang cakap "tak kan nak makan ikan je atas
pinggan,dengan nasi sikit,dengan sayur". Protein tak semestinya hanya
ikan selain ikan, sumber protein adalah seperti tauhu, tempe, kekacang
dan ayam (bahagian isi tiada lemak).
Soalan
yang biasa kita dengar orang akan cakap bagaimana Nutrisi Herbalife
boleh membantu untuk lose weight??? Jom rujuk gambar dibawah ini :
Ini adalah asas untuk lose weight dengan Herbalife.Ketika saya hendak lose weight dulu, berikut adalah meal plan saya :
Sarapan Pagi : Shake F1 dan Minum Tea Mix
Makan Tengahari : Makan nasi + ikan + sayur + buah (kurang kandungan gula)
(Makan secara Healty Meal)
Makan Malam : Shake F1 dan Minum Tea Mix, jika lapar saya makan biskut fiber.
*** Sehari mesti minum air kosong sebanyak 3 liter - 4 liter.
Ramai kawan-kawan saya tanya pada saya soalan sedemikian. Mesti ada juga yang nak tanya soalan seperti berikut :
1) cik mun tak makan nasi ker? minum herbalife nie je ker???
>>>cik
mun makan nasi juga tapi secara healty meal kemudian minum air secara
konsisten sebanyak 3 liter - 4 liter sehari.
2) kalau minum herbalife nie confirm boleh turun berat badan bape lame erk???
>>>kadar
minimum untuk turun berat badan dalam sebulan adalah disarankan kepada 3
kg hingga 5 kg sahaja tengok pada sistem tubuh seseorang itu. Penurunan
berat badan secara mendadak adalah tidak bagus untuk sistem tubuh
dalaman badan kita sendiri. Lebih-lebih lagi,herbalife ini adalah
nutrisi bukan ubat-ubatan yang mengandungi dadah malahan herbalife ini
membantu memperbaiki sel-sel dalam sistem tubuh kita kepada yang lebih
baik.
3) saya pernah ambil herbalife nie tapi berat badan saya semakin naik dan tak turun-turun.kenape erk jadi mcm tu?
>>>Dalam
herbalife ada 3 program iaitu untuk lose weight, maintain dan untuk
gain weight.Jenis produk nutrisi yang diambil adalah saya cuma cara
pengambilannya sahaja adalah berlainan.Untuk lose weight perlu berikan
nutrisi di awal pagi sebagai sarapan, jika selepas makan makanan berat
dan terus shake Formula 1,berat badan mesti naik kerana itu adalah
program untuk gain weight (kurang berat badan).Jadi sebelum consume
herbalife pastikan anda memperolehi garis panduan dan coaching daripada
Pengedar Herbalife yang bertauliah dan berpengalaman.
4) kalau minum herbalife nie kene berulang selalu ke bilik air tak???
>>>Dalam
proses penurunan berat badan,nutrisi memerlukan sejumlah air kosong
yang banyak untuk mempercepatkan proses penyerapan nutrisi didalam
sistem tubuh badan.Tujuan minum air kosong ini adalah untuk membuang
toksik dan menguraikan lemak-lemak lama yang dah lama terperap kat
sekeliling dinding usus atau dinding dalam badan kita.Jadi berulang
banyak kali ke tandas adalah bertujuan utk buang toksik dan lemak-lemak
dalam badan.
5) saya pernah ambil herbalife nie tapi selepas consume beberapa hari herbalife,saya rasa pening-pening. kenapa erk???
>>>
itulah adalah dinamakan proses healing crisis.apabila sistem tubuh
menerima sesuatu yang baik maka pasti ada tindak balas untuk kali
pertama kerana tubuh badan yang telah lama mengandungi lemak dan toksik
kemudian pada suatu hari kita nak detoxnya pasti berlaku tindak balas
kali pertama.Jika merasakan sedemikian,jangan stop consume nutrisi
kerana ia adalah permulaan sistem tubuh kita hendak menyesuaikan diri
dengan apa yang baik kita berikan.Saya juga pernah pening-pening kali
pertama consume nutrisi ini pada hari pertama kemudian pada hari kedua
saya telah ok seperti biasa.
6) kalau nak turun berat badan dalam masa 7 hari, 10 kg boleh tak???
>>>jika
hendak turunkan berat badan,wajar meletakkan target tetapi biarlah
berpada-pada, logik dan tidak membahayakan tubuh badan. saya dulu masa
turun berat badan, bulan pertama saya berjaya turun sebanyak 5 kg
walaupun sedikit tetapi alhamdulillah ia tidak terlalu mendadak dan yang
paling best nutrisi ini berjaya reshape kan otot tubuh badan saya agar
tidak menggeleber @ flebby.Jadi untuk meletakkan target lose weight
biarlah logik dan tidak membawa kesan yang boleh memudaratkan organ
dalaman kita seperti jantung.Jantung akan terkejut jika berat badan kita
turun secara mendadak kerana pengaliran darah ke kapilari darah akan
terkejut kerana sel-sel badan saling bertindak balas apabila kita turun
berat badan secara mendadak dan tiba-tiba. Jadi AWAS!!!! jangan kerana
nak kurus meletakkan target untuk kurus terlalu tinggi.
Assalamualikum...
ReplyDeleteSy nak minta izin.. nak copy entry ni...
Banyak betul tips yang dikongsikan, sangat bermanfaat.
ReplyDeleteEntri terkini :Formula kurus untuk orang yang malas
Terima kasih atas perkongsian. tak sabar nak cuba!
ReplyDelete