INFO KESIHATAN

PIRAMID MAKANAN 



Hah! Mesti korang semua dah tahu kan ape bendenye kat ats nie.Hehehehe. Inilah Piramid Makanan. Masa cik mun zaman sekolah lagi dah didedahkan dengan Piramid Makanan nie.Dulu cik mun masa kecik-kecik mak pernah bawak cik mun masuk pertandingan berwarna kat Hospital Kuala Lumpur untuk mewarkan Piramid Makanan. Hehehehehe...

Cakap pasal piramid makanan ni,korang tahu ker ape tu 'Piramid Makanan'. Ok lah cik mun nka share info pasal piramid makanan. 


Apakah Piramid Makanan?

Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan yang
dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di bahagian palingbawah Piramid, dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian paling atas. PiramidMakanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan kepadakandungan zat dan fungsinya.


ARAS 1
Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian


Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat
kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin,mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan iniperlu diambil paling banyak.
Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi, mihun,
roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang.


ARAS 2
Sayur-sayuran dan Buah-buahan


Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. Makanan ini kaya denganvitamin, mineral dan serat. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.


ARAS 3
Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang


Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. 
Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang merah.


Hasil Tenusu
Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Plihlah hasil tenusu rendah lemak. 


ARAS 4
Lemak, Minyak dan Gula

Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak 
di Aras 4 Piramid.Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan


Jadi dah tahu kan ape itu piramid makanan? Tapi setiap hari kebiasaannye cara pemakanan kita mesti kurang mengikut kadar-kadar yang disarankan dalam piramid makanan nie. Betul tak kawan-kawan??? Hehehehehe....walau bagaimana pun, kita boleh ubah gaya hidup dan cara hidup kite dengan apa yang kite makan. Kite adalah diri kite berdasarkan oleh ape yang kite makan. 

Ini adalah pengalaman saya semasa saya gemuk dan 'besar' dulu.Pengalaman ini jadikanlah pengajaran buat anda di luar sana. Dulu semasa saya bersaiz badan besar, cara pemakanan saya adalah sangat luar biasa. Luar biasa macam mane tu? Hahahaha! Hanya orang yang terdekat dengan saya je tahu saya dulu macam mane. Jika dulu,saya makan adalah lebih banyak dan dalam pinggan saya sangat-sangat penuh. Kalah orang lelaki. Hahahahaha! Tapi habis tau! Kahkahkahkah! sebab masa tu saya makan adalah mengikut kepada nafsu makan saya, lebih dari keperluan badan saya perlukan. jadi semakin hari semakin saya membesar dan membesar kepada saiz badan M ke L dan nak ke XL dah masa tu. Hahahahaha!!!! Sehinggalah saya menjadi sangat gemukkkk!!!! Huuuiissssh!!! Itulah padahnya makan mengikut selera bukan mengikut keperluan badan. Saya nie bukanlah seorang yang aktif bersukan jadi bila dah makan banyak tu, semakin 'di pam-pam' lah badan saya nie macam belon! Kahkahkahkah!!!!! Lepas tu, saya nie pulak jenis tak cerewet makan. Asalkan makanan itu MENARIK, HALAL dan nampak BEST jerrr saya makan, walaupun tekak orang lain kate makanan itu tak sedap. Hahahahahaha!!!!!! Pengalaman tak boleh lupakan, ada orang tanye saya "kak, anak bape orang???" time tu memang tersentap giler! dah la panggil 'akak' pastu tanye pulak 'anak bape orang'. Mujurlah dah lupe sape yang pernah tanye soalan tu. Hehehehehehehe....time tu barulah cik mun sedar yang badan cik mun dah semakin gemuk dan cik mun ada kesedaran untuk turunkan berat badan. 

Ini adalah kebiasaan setiap diri kita iaitu bila dah berlaku barulah nak ambil tindakan yang sepatutnya. Jadi pada rakan-rakan di luar sana tu, jagalah cara pemakanan anda semua. Jangan makan mengikut nafsu atau melebihi keperluan diri sendiri. Sebab yang merana nanti adalah diri sendiri. Merana sebab nak beli baju kegemaran tak dapat nak beli sebab takde saiz, lepas tu nak bergerak sana sini rasa cepat letih dan penat. Inilah yang saya belajar iaitu "makan mengikut kepada keperluan yang diperlukan dalam diri sendiri". Jika saya perlukan tenaga lebih untuk bekerja dan melakukan sesuatu aktiviti, saya akan makan mengikut keperluan dan kadar yang sepatutnya bukanlah secara melebih-lebih. 

Jadi selepas baca entry saya yang ini....Jom sama-sama double check yea,cara pemakanan kite setiap hari! Lets go!!! 


Credit :
http://tayibah.com/eIslam/piramid.htm

http://nutrition.moh.gov.my/index.php/piramid

http://permatahati.wordpress.com/2006/06/05/piramid-makanan/

http://www.biovco.com/piramid-makanan-06yd.php?ref=yg

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KALORI 

Kita semua dah tahu ape itu piramid makanan kan? betul tak? jadi seterusnya kita mesti tahu ape itu 'kalori'? kita selalu dengar orang cakap 'makan banyak tinggi kalorinya'...tak pun ada orang cakap 'banyaknye ko makan,tinggi kalori yang masuk dalam badan ko tu,gemuk la ko nanti!'. Jadi ape sebenarnye kalori nie? Cer citer cer citer cik mun ooooiii! Hahahahaha!!! nak citer la nie dik non oooiii....! Hehehehehehe....

1) Apa itu kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.

2) Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

3) Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.

Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.

Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!

4) Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori


5) Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.

6) Berapa kalori dalam makanan orang Malaysia?
Kategori: Kuih Muih
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori : Minuman
1.minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2.minuman kotak 250g = 105 kal
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5.aiskrim 2 skop= 390 kal
6.susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7.yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8.mentega 2 sudu teh = 75 kal
7) Berapa yang selalunya orang dewasa makan sehari?
Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) =   900 kalori
Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

8) Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).

9) Bagaimana untuk bakar kalori?
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!

10) Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.
1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8)Erobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori



Wahhhhh!!!! Dah baca nie semua mesti ada anda semua cakap "la,kalau macam nie susahlah nak makan.kalau makan banyak gemuk la nanti"....tak pun ada yang cakap "patutlah berat badan aku boleh naik.adoyaaiii". Ok-ok jangan risau yea. Apa yang kita nak makan boleh makan.Tetapi ape kesilapan yang selalu kite buat bila setiap kali kite makan? Kesilapan ini pun saya sendiri pun pernah buat jugak iaitu setiap kali kite nak makan, kite akan meletakkan segala semua jenis makanan yang boleh dan selagi boleh di masukkan dalam pinggan kite. semakin besar dan dalam pinggan/mangkuk yang kite makan, semakin itu jugaklah kite masukkan segala jenis makanan yang ada didepan kite. Betul tak? Itu namanye mengikut pada kehendak kite. Hehehehehe....jadi mulai sekarang "jadikan diri kite yang mengawal jumlah pengambilan kalori yang akan kite makan.bukan makanan yang mengawal diri kite". Kalori dalam setiap makanan yang kite makan memang penting sebab dari kalorilah ada sumber tenaga yang membolehkan kite bergerak sana sini. Tetapi terlebih makan dan terlebih kalori yang masuk dalam badan pun bahaya juga, kerana ia melebihi dari ape yang diperlukan badan kite. Jadi mulai sekarang kite mesti berazam untuk mengawal jumlah pengambilan kalori. Bila kita bijak mengawal dalam kuantiti yang sepatutnya, sebenarnya kite mengawal jumlah pengambilan makanan dalam pinggan/mangkuk yang kite makan. Percaye tak? Cuba try dan praktikkan untuk buat mulai sekarang sebaik sahaja baca entry saya yang kali ini. Hehehehehe...

48 comments:

  1. Awak..bagi menu tiap2 hari yang awak ambik sampai awk dah tak 'comel' mcm dulu dah. Hehe. TQ yaa :D

    ReplyDelete
  2. Sy pun dah amalkan pemakanan mengikut kalori ssejak awal tahun hinΔ£ga kini...alhamdulillah berjaya...dari saiz seluar 42 kini dah 38.

    ReplyDelete
  3. saya makan macam biasa..tapi saya banyakkan aktiviti membakar kalori..

    ReplyDelete
  4. saya mula diet start awal november until now. dari 78 ke 68 kg. 10kg lose. no rice, no sugar, no ice, n no fast food. Merana jugak lah nak hadap..tapi tulah hati kena kental. Bersenam pun jrang2, 1 or 2 time jer/week sb sibuk keja..hrap2 dgn tambahan ilmu pengiraan jumlah kalori ini banyak membantu sy hingga dapat berat ideal..tq admin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow idola. Saya pun nk cuba. Saya 2 bulan pagi mkn sandwich telur. Ptg salmon seketul. Mlm tak mkn minum air je. Berat sekrg 70 nk kasi 65. Haha

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Salah cara diet uolls ni.. kena belajar cara hg betul.. kalau tak berlapar saje tapi berat tak turun.. perlu ambil karbohidrat tp sedikit, protein plak sederhana, dan banyakkan sayur.. jgn berlapar , hormon stress boleh ganggu metabolisme badan

      Delete
    4. Ya, diet yg betul ialah cukup karbo,protein n fiber.. Potion suku suku separuh.. Bkn tu je, cara masak pun msti btul

      Delete
  5. Cara diet kira jumlah kalori yg kita makan setiap hari.....dlw aplikasi myfitneespal dlm googleplay....byk membantu urus diet harian..

    ReplyDelete
  6. Mohon izin untuk guna pakai dan kongsi ilmu bersama rakan-rakan sepejabat =)

    ReplyDelete
  7. I paling suke diet ni...sume boleh makan..tp berpada2...haha..berat dr 72 sekrang da 60...nanti minta2la posa ni dpt 54

    ReplyDelete
  8. Wowww hebat & tahniah! Keep it up. Jaga kesihatan baik2 ye :)

    ReplyDelete
  9. Terbaik tips ni. Dulu saye macam awak lah. Makan nasi penuh satu pinggan tak termasuk lauk or nasi tambah lagi. Start stop merokok. Makan lagi kuat. Badan bertambah bulat. Perut buncit. Now dah diet. Size sluar dari XL 33-34 NOW pakai size 32 pun longgar otw to size 31 hahhaaa.

    ReplyDelete
  10. Sebelum perut anda membuncit dngan belly fat. Diet lah dari skrang. Tips saye kurus. Saye just makan telor rebus pagi 1-2 biji and tomato sepotong. Tengah hari makan buah buahan. Malam Makan telor rebus jugak 1-4 biji and salad tomato. 3 bulan tak makan nasi. Exercise dekat rumah je. Saye beli dumbell fitness gym. Latihan berat or cardio memang penting. Alhamdulillah hasil nye. Now 2018 saye dah makan nasi just besar penumbuk je tau. Untuk tenaga kan. Jaga lah calori pemkanan. Inshaallah smua nye succes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tanya skit..klu telur ru goreng hancur tp x guna minyak..boleh tak?skang baru nak start.dlm sbulan la.no sugar,ni fast food,no junk food,nasi sehari 10 sudu..malam apple hijau n jus carrot/tembikai kosong...ok tak? time kul 8 mlm-9.30 mlam g gym.burn 800-900 kalori...kalau salah mintak ajarkan

      Delete
  11. Saye tak makan nasi slama tiga bulan. Saye tak minum minuman berperisa soda gas. Just makan tlor rebus, banyakan minum air kosong.Tak sampai sebulan hasil nye memang memuas kan. Kalau badan tu dah slim kurus. Stop tlor rebus. Because, risau jugak kan makan tlor je. Protein je lebih nanti hehe. Now saye breakfast saye makan oat. Tengah hari nasi lauk sderhana. Malam makan aot dngan sayur,ikan or dada ayam. Saye gembira dngan penampilan badan saye skrang. Sentiase fit 😊.. Splement korang minum lah whey protein. Bina otot barulah sado kan.. Hahhaa

    ReplyDelete
  12. Link kalori pemakanan macam diatas memang bermanfaat. Kita boleh rujuk dan kira kalori. Tak lebih dan tak kurang hahhaaa

    ReplyDelete
  13. Yang penting jangan makan terlalu lebih dengan semua makanan yang mempunyai kalori yang tinggi itu supaya tidak membahayakan kesihatan badan kita.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah ..dh 3 minggu turun 3kg..akan diteruskan lg...insyaallah

    ReplyDelete
  15. Sebenarnya kalau diet je tpi x bsenam i rasa x works jugak sbb oenah buat..tpi alhamdulillah jaga diet n g gym 4x semgu mmg kurus ..mcm sye weight x byk turun tpi inchess lost byk ..alhamdulillah

    ReplyDelete
  16. kalau bermain dengan adik pun boleh kurangkan kalori ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo main kejar2 dlm sejam Dua turun la kalori..kalo main anak patung, x trun la kalori..hihi..

      Delete
  17. kalau bermain dengan adik pun boleh kurangkan kalori ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesungguhnya kalau bermain dengan adik tidak dapat kurangkan kalori..

      Delete
  18. Salam aku nk cite la jgk pengalaman aku berdiet. Dgn ketinggian 150cm dan bert 80kg korang leh imagine x? Aku pendekkan cite punca ak nk diet sb ssh cr baju biasa baju cntik2 ni cutting kecik xmuat ak nk pakai da macm sarung nangka. 1st ak nk bgtaw yg lemak2 dlm tbuh aku bukan skdr lemak biasa ni lemak besi haha aku start diet mkn sup sayur dan ayam rebus slma sebulan wallah 1kg pun xdrop. Di pendekkan cite lg ak buat atkin. Sethun dr 80kg drop smpai 53kg. Ak nk 50kg ak teruskan lg diet atkin bert msh statik. Ak berlapar makan 3hr sekali pun bert msh statik. Setelah 3tahun berllu bert aku skrg sdh 66kg.sudah naik byk maa... ak cuba buat atkin pulak p mmg xboleh.. xboleh da ak nk skip carbs da muak pendek kata ak mmg xblh buat da. Skrg ak diet kira kalori pulak. Akhir kata dr pengalaman ak yg da cuba bermcm2 diet ni ak plg syorkan korand dietla dgn sht. Wlupun result dia agak slow p bila trun dia akan ssh naik ataupun statik. Klau diet yg lain2 lama2 bila kita fed up dan nk mkn smua yg kita nk makan slama ni bert akan naik mendadak.itu shj. Ini dr pengalaman aku lah yg dah 6tahun mengamalkan pelbagai diet.yeah ohh lupa ak nk bgtaw ada 1 diet sihat ni yg mmg mdh trun brt bdan yg aku buat. Makan nasi beras perang dgn lauk yg kau msk sndiri. Knp aku kata lauk yg kau masak sdri? Sb kita tahu apa yg kita masukkan dlm masakan kita 2 klau lauk beli kebanyakan ada gula putih. Klau nk beli jgk beli ikan bakar eleh klau takat ikan bakar xkanla kau xblh nk buat. Elakkan mknn bergoreng dan bergula. Aku buat diet ni 3hr drop 2kg. Ak stop pasaipa..? Pasai beras perang ni ngak enakk sihh plus laki aku suka tapau kfc n piza tp dia xmkn.yg mkn ank aku je sorang yg kecik 2 sllu xhabis so aku lah yg akn jadi lori smpah habiskan smua 2 sb 2 bert aku naik 66kg skrg.

    ReplyDelete
  19. hahaha..tu la.diet mcm2 dah..nak dpt berat bmi yg cun..baru start sbulan..asal 100kg..nak campak 30kg dlm laut dlm.haha.sbb berat bmi 70 kg.rangka besar.tinggi 172cm..da sbulan stop sugar,semua benda manis mmg skip 90%,nasi sehari dlm 10 sudu,lain makan roti wholemeal or buah.air putih je...malam burn kalori dlm 700-800 masa g gym..x tahu la bejaya ka tak..huhu..

    ReplyDelete
  20. Haha aku pilih tgk tv lah hehe

    ReplyDelete
  21. hari ni ku bru start mkn sehari sekali..berat dari 86 terus ke 90..thanks ats info di ats..

    ReplyDelete
  22. nak tanya boleh? agak2 pengambilan 700 kalori ke bawah dalam sehari ada apa2 kesan tak pada tubuh? saya start diet makan nasi tengahari je n malam saya makan oat tak lebih 700 kalori sehari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam jangka masa yang panjang, akan affect badan awak. Kira BMR awak tu dulu boleh guna online kalkulator kalori ke apa sebab BMR tu keperluan kalori organ badan awak untuk berfungsi dengan baik. Let's say BMR awak 1200 dan kalau nak lose weight, awak cuma boleh makan 800 kalori. Sekurang-kurangnya awak kena capai kalori BMR awak dan lakukan aktiviti senaman ke bersih2 ke untuk kurangkan sampai 800 kalori.

      Delete
  23. diet ni sebenarnya 80 % pemakanan kita. 20 % senaman.

    cuba diet suku suku separuh.
    suku karborhidrat, suku protein dan separuh sayur+buah buahan. ni diet yg disarankan. orang melayu susah diet x makan nasi.

    kalau tak tahu kira kalori, nasi segenggam tangan, ikan/ayam 1 tapak tangan (ayam mestilah dada ayam sahaja sebab kalori dada ayam paling rendah berbanding yang lain, ikan pula ambil yang kecil.daging plak kiraan dia sebanyak dua kotak mancis je boleh makan. lagi separuh isi kan sayur + buah-buahan.
    cara masak pula, bakar, kukus, rebus. macam makanan orang pantang.

    makan dengan kadar perlahan . 20 minit. lepas tu mmg akan kenyang.
    nak lebih kenyang lagi, minum air duulu. air suam. lepas tu makan buah, lepas habis makan buah baru makan nasi. tunggu 30 minit lepas makan baru minum air.

    ReplyDelete
  24. Dulu berat saya mencecah 7+kg . Tapi hati kena kental la supaya iman tak runtuh. Haha . Saya ada je curi2 makan makanan banyak kalori . Tu pon ambik masa lama jugak nak turunkan berat badan . Sekarang Alhamdulillah happy sangat berat saya dah mencecah 56kg . Tapi still nak turunkan lagi . Berat tak seimbang dengan ketinggian . Rasa macam pendek ja

    ReplyDelete
  25. Nak tanya kalau buat aktiviti sukan yang di atas tu seperti berjalan kaki dan sebagainya dapat turun kalori ke ? Sebabnya berat badan aku ni 60 kg tinggi aku 158

    ReplyDelete
  26. Hujung Disember 2019 berat 114kg.....pastu lepas raya... Alahamdulilah....84kg. Sekarang 82kg. Lagi -5kg dapat la BMI. Situasinya... seluar dah tukar saiz...Baju raya tahun 2011 boleh dipakai. Tahun ne raya semua keluar balik baju lama2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat..apa amalan pemakanan dan senaman yang dilakukan

      Delete
  27. Saya sdh 24 hari mulakan senaman dan diet tapi kdg2 ada la juga terskip seminggu 2 kali mkn kfc dgn mcd. Senaman pla setiap pagi sya buat larian 3 kilometer. Alhasil berat sy yg asal 84 kg skrg dah turun jadi 77 kg. Tapi belum capai bmi ideal sebab tinggi sy 166 cm. Target sy akan turun berat ideal dlm masa 90 hari.. Ada yg mahu ikut jejak sya? :)

    ReplyDelete
  28. Saya dah 2 minggu buat intermittent fasting 16:8/20:4 plus workout cardio 1jam sehari 4xseminggu, 4kg turun... Xbyk tp rsa ada inchloss

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum slm sejahtera warga groupπŸ“’
    πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing manis dan jugak kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....

    Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.πŸ‘‰πŸΌ En Mohd Zuhairi- 0174687570

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....

    5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    6) Bagi yang ada sakit KENCING MANIS pon boleh mendapatkan ubatan paling mujarab , termasuk kencing manis kronik seperti kaki berlubang dan bernanah sehingga tidak perlu dipotong .

    Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

    Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
    ~~~~~~~~
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dr kanser.
    Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.Setia dengan jus herba ini selama lbih 4tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ~~~~~~~~
    ▪️Tengku Aziah bt Tengku Ishak,bacaan gula 16 ,bertahun thun hidap kencing manis,minum herba ini bcaan sntiasa 6 sahaja .
    /
    ~~~~~~~~
    ▪️Puan Aspalilah binti Abdullah.
    Pengidap kencing manis bacaan 20 ke atas, kaki luka bahagian betis dan berlubang. Luka sudah berbulan bulan tetapi dengan minum Jus Alam Jutawan herbs, serta 10 paket herba luka kering dalam 10 hari sahaja. Sebelum ni dah berhabis beribu ringgit beli pelbagai jenis produk kencing manis, akhirnya sekarang hanya amalkan Jus Jutawan Herbs, sekejap je dah luka kering. Harga pun mampu beli.

    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Rugayah Jilani -
    Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- sudah sembuh !
    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.
    ~~~~~~~~
    Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..πŸ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okayπŸ‘‡πŸ»
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..

    πŸ‘πŸ»In sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain

    πŸ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🀲🏼

    NOTE :

    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete
  30. Saya alhamdulillah berjaya kurangkan berat badan dari 78kg ke 54kg dalam masa lebih kurang 3 bulan. Saya kira kalori defisit. Nasi, lauk saya makan kecuali makanan manis. Lauk ambil isi je, kuah tak ambil. Minum air putih sahaja. Tak minum manis langsung. Kalori makanan tu setiap kali nak makan google dulu, pastu agak2 berapa kalori hahhahaha. Lepastu kira jumlah kalori yang diambil setiap hari dan pastikan ikut cadangan kalori yang perlu diambil. Workout simple setiap hari. Tak berani nak over exercise. Saya download 30 days challenge. Ikut je steps dalam tu. Dan tambah buat power walk dalam youtube 2@3 kali seminggu, kalau rajin setiap hari. Semua buat indoor je. Jogging kadang-kadang. Sekarang road to 50kg pulak, nak dapatkan normal BMI, saya pendek orangnya BMI belum normal lg. Doakan saya dan semua yang ingin sihat dan dapat berat badan ideal dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambahan komen saya di atas:
      Setiap pagi saya breakfast oat dan air suam.

      Nasi tu segenggam tangan kita saja. Ok itu saja perkongsian saya.

      Delete
  31. Tiap 800 kalori yg tak dibakar akan menambahkan berat bdn sbyk 1kg... bukan 8000. ��

    ReplyDelete
  32. Aku berat 140kg dan tggi 175cm...bru mula diet.. Sblum nk x prnah nk diet n insaf. Keja melantak ja... Hahahah.. Bru smnggu strt diet.. Alhamdulillah dah trun 5kg...misi mencapai 85kg dlam masa 6 bulan.. Harap2 dpat capai la noh...pagi2 mkan telur rebus n epal hijau ataupun roti wholemeal dua keping. ...lunch plak mkan nasi ssepenumbuk, ayam bakar homemade or ikan bakar, sayur bnyak... Suku suku separuh katakan. . Mlm minum teh hijau ja... Exercise plak skipping 600-800kali shari n senaman skot... Harap berkekalan la smpai bila

    ReplyDelete
  33. Thnk you awak shre kalori makanan.. Kdg2 susah jugak search kalori makanan.. Contoh seekor ikan masak itu ini berapa kalori.. Tpi yang awk punya ni senang nk faham.. Nnti awk shre la bnyk2 ok..

    ReplyDelete
  34. saya berjaya turunkan 22kg dalam masa 5 bulan...ada meal plan dan group support oleh rakan2 yg berpengalman dan sentiasa ceria dan positif.. pm saya utk penerangan lanjut www.wasap.my/60136655844/hafizi_kurusfitonline

    ReplyDelete
  35. Saya dah lalui mcm2 jenis diet..sejak sebelum kahwin..hinggalah sekrg..masaalah saya ialah apabila dah berjaya turunkan berat bdn..lps berhenti diet..berat bdn naik laju gila..saya sejak anak dara memang sihat comei..paling bnyk turun berat bdn 38 kg lps tu naik blk..skrg baru mula diet sejak bulan 5..dah turun 14 kg..otw nak kuruskan bdn..semoga berjaya hendaknya..x ambil gula x ambil fast food x ambil makan bergoreng..blh gantikan nasi kueteow or mee dari konjac krus yg calori nya sngt rendah..

    ReplyDelete