Tuesday 9 April 2013

Penyakit Alzheimer


Penyakit Alzheimer ialah bentuk penyakit nyanyuk (dementia) paling umum yang dialami oleh manusia berusia 65 tahun dan ke atas. Ini bukan sebahagian daripada proses penuaan normal, tetapi penyakit yang menyebabkan kehilangan progresif sel saraf otak. Memandangkan sel saraf ini penting untuk pemikiran normal, daya ingatan dan fungsi otak, mereka yang menghidap penyakit Alzheimer mengalami kemerosotan fungsi otak yang mengganggu kegiatan harian normal mereka.

Secara beransur-ansur, pesakit Alzheimer hilang keupayaan mereka untuk melakukan kegiatan harian paling asas seperti memberus gigi, memakai pakaian, mandi dan lain-lain. Pada akhirnya, keupayaan mereka untuk berjalan dan bercakap juga mungkin terjejas atau hilang sama sekali.

Dikenali sebagai penyakit 'The Long Goodbye', penyakit ini lazimnya meliputi tempoh lebih 10 hingga 20 tahun. Walaupun penyelidikan intensif dijalankan kebelakangan ini, penyakit Alzheimer masih belum difahami sepenuhnya dan tiada penawar yang diketahui, lantas pengesanan dan rawatan awal merupakan satu-satunya pilihan untuk menguruskan penyakit dengan berkesan.


Menjejaskan Daya Ingatan

Perkara yang sering dikhuatiri ialah kepatuhan pengambilan ubat kerana penyakit Alzheimer menjejaskan daya ingatan seseorang. Pesakit mungkin lupa mengambil ubat atau terlupa mereka telah mengambil dos.
Maklum balas daripada para penjaga pesakit menunjukkan bahawa sering kali, pesakit enggan mengambil ubat kerana berpendapat mereka tidak menghidap sebarang penyakit.
Alzheimer merupakan penyakit nyanyuk yang biasa menyerang warga emas. Mengikut statistik Asia Pasifik, penghidap penyakit ini telah mencecah 18 juta orang. Lebih kurang 60,000 orang di Malaysia merupakan penghidap Alzheimer. Dijangka pada tahun 2020, angka ini akan berganda kepada 120,000 orang.
Berkorban masa dan tenaga menjaga warga emas yang menghidap penyakit Alzheimer atau nyanyuk bukanlah satu perkara mudah. Alzheimer adalah sejenis masalah kesihatan yang memerlukan perhatian daripada keluarga pesakit.
Risiko untuk menghidap Alzheimer, penyakit yang sinonim dengan warga tua ini, meningkat seiring dengan pertambahan usia.

Risiko dan Simptom


Sebaik sahaja menusia mencecah 20 tahun, proses kematian sel-sel di dalam otak mula berlaku dan menyebabkan otak mengecut. Kemusnahan sel-sel otak secara berterusan menyebabkan kualiti daya ingatan semakin berkurangan.
Individu yang berisiko untuk mendapat penyakit ini ialah seseorang yang menghidap hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun ke atas, penghidap diabetes, kurang melakukan senaman, paras kolesterol yang tinggi dan faktor keturunan iaitu mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini pada usia lingkungan 50-an.
Simptom dementia yang paling awal adalah menjadi pelupa terutama mengenai perkara penting dan dilakukan setiap hari. Mereka perlu dibawa berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan bagi mengesahkannya.
Dementia merujuk kepada sekumpulan gejala yang berkaitan dengan hilang ingatan, berlaku secara perlahan-lahan tanpa disedari tetapi akhirnya boleh menjadi bertambah teruk.
Akibatnya, seseorang sukar mengingat sesuatu dan menjejaskan keupayaannya untuk berfikir dengan baik hingga boleh mengganggu aktiviti normal dan rutin seperti makan dan menguruskan kebersihan diri.
Selain kemerosotan pemikiran, pesakit turut mengalami perubahan dari segi personaliti dan tingkah laku serta perasaan mereka.
Antara simptom lain dementia ialah lupa perkara yang sering dilakukan, cepat penat, sukar membezakan masa, tempat dan orang, hilang daya logik, pelupa, tidak mapu melakukan kegiatan harian dan menyiapkan diri sendiri, tidak boleh menumpukan perhatian, susah mengingat perkataan ketika bercakap dan sukar menamakan objek.
Selain itu, pesakit Alzheimer sering tertekan, merepek, tidak sabar, sukar membezakan masa dan yang paling teruk ialah mereka gagal mengawal ketika membuang air kecil atau besar, tidak mampu berfikir, bercakap dan bergerak malah terdapat juga penghidap Alzheimer hilang sifat malu dan bercakap mengenai hal yang boleh memalukan keluarga atau bertelanjang di tempat umum.


Diagnosis Awal

Sekiranya pesakit mendapat rawatan pada peringkat awal, ia sekali gus mampu mengurangkan masalah penjagaan yang membebankan ahli keluarga.
Mengesan gejala Alzheimer pada peringkat awal merupakan satu kelebihan. Doktor boleh memberi panduan tentang tanda-tanda awal dementia. Jika pesakit benar-benar disahkan mengidap Alzheimer, keluarga pesakit mempunyai lebih masa untuk membuat rancangan pada masa depan. Rawatan boleh dilakukan awal dan ia lebih efektif. 
Ketika diagnosis dijalankan, doktor memerlukan maklumat pesakit daripada keluarga dan kawan-kawan, ujian fizikal dan neurologikal serta ujian makmal. Selain itu, doktor akan melakukan ujian neuropsikologikal di samping melakukan imbasan imej menggunakan CT atau Magnetic Resonance Imaging (MRI). Katanya, imbasan PET merupakan langkah utama untuk mendapatkan maklumat.

Sejarah

Pada suatu pertemuan ilmiah, tepatnya di bulan Nopember 1906, seorang dokter berkebangsaan German, bernama “Alois Alzheimer” memberi presentasi temuannya yaitu tentang sebuah kasus yang diderita oleh seorang wanita berusia 51 tahun, bernama “Ny. Auguste D.,”.

Wanita ini dibawa oleh keluarganya pada awal 1901 untuk berobat pada Dr. Alois Alzheimer karena mengalami berbagai masalah kesehatan berupa lupa ingatan, berbagai kecurigaan terhadap suaminya tanpa alasan disertai kesulitan berbicara dan nyaris tak tahu apa yang baru dibicarakan. Tanda dan gejala tersebut terus memburuk dengan cepat, dan hanya dalam beberapa tahun saja, ia sudah tidak mampu lagi untuk beraktivitas (hanya mampu berbaring di tempat tidur). Ny. Auguste D. akhirnya meninggal dunia pada musim gugur di tahun 1906. Dr. Alzheimer, mengaku bahwa dirinya belum pernah menjumpai penyakit dengan tanda dan gejala seperti itu sebelumnya. Dan atas dasar keinginannya mengembangkan dunia kedokteran, maka melalui izin dari keluarga, beliau melakukan bedah mayat (Outopsi) atas jasad almarhumah Ny. Auguste D. Dari hasil outopsi otak Ny.Auguste ditemukan adanya penyusutan materi otak, terutama di bagian Cortex, yaitu lapisan terluar yang menyangkut kemampuan ingatan, berpikir, pengambilan keputusan dan kemampuan berbicara. Di bawah pemeriksaan mikroskopik, beliau juga menemukan penimbunan lemak yang menyebar disekitar kapiler pembuluh darah, juga di dalam sel dan sekitar sel otak, selain itu juga dijumpai sel sel otak yang akan mati dan yang sudah mengalami kematian. Dr.Alzheimer terus mempublikasikan penemuannya itu, dan pada tahun 1910, sampai akhirnya seorang ahli ilmu penyakit jiwa, “Emil Kraepelin” mencatat pekerjaan/penemuan Alzheimer itu dan menggolongkannya penyakit tersebut ke dalam salah satu golongan penyakit “Kerusakan Otak”, serta mengusulkannya dengan menggunakan nama “Penyakit Alzheimer”.


Makanan Sihat Yang Bagi Kesihatan Otak 


Berbagai gizi yang bersumber dari tumbuhan (Herbal), menjadi pilihan utama, terutama yang mengandung cukup vitamin dan asam amino.Makanan yang mengandung Vitamin seperti Asam Folat, B12 serta vitamin D setiap hari dapat memelihara dan meningkatkan kemampuan daya ingat (memori). Asam lemak essensial dalam bentuk “Omega 3”, serta berbagai biji bijian (termasuk ekstrak biji anggur) sangat perlu untuk dikonsumsi secara rutin sebagai tambahan pada makanan sehari-harinya. Gizi yang terdapat di dalam susu (Susu Kambing) juga banyak membantu. Perhatian khusus juga dilakukan terhadap buah buahan dan sayur mayur. Suatu alasan yang tepat dan bijak, kerana buah buahan mengandung cukup vitamin, antioksidan, serta zat hijau daun yang berasal dari sayuran, dianggap berguna untuk melakukan pencegahan dan melindungi otak dari berbagai resiko kerusakan. Berbagai tinjauan kepustakaan sangat besar manfaatnya bagi para awam, agar dapat membuat keputusan yang tepat, dalam hal memilih makanan kesihatan – supplemen yang bermanfaat dan efisien dalam pengeluaran dana.

Panduan Bagi Penjaga

* Selalulah bergurau senda dengan mereka kerana warga emas yang nyanyuk cenderung menyimpan kemahiran bersosial mereka.
* Sebagai orang yang lebih muda, wujudkan mood positif ketika berbual-bual dengan mereka. Berinteraksilah dengan mereka dengan bahasa yang lembut dan sopan sebagai tanda hormat.
* Ingatilah masa-masa indah yang pernah dilalui bersama mereka kerana kebanyakan pesakit nyanyuk tidak mengingati apa yang telah berlaku dalam tempoh 45 minit.
* Ketika berbual-bual dengan mereka, wujudkan suasana tenang. Elakkan bunyi bising seperti telefon bimbit dan radio. Perkenalkan diri anda dan jelaskan hubungan anda dengannya sambil menyentuh tangan dan bahunya.
* Berbual-bual dengan mereka dengan menggunakan bahasa dan ayat yang mudah difahami. Kita perlu faham bahawa golongan ini mudah tersentuh. Jadi, anda tidak perlu meninggikan suara. Cukup sekadar bahasa yang jelas dengan nada rendah.
* Pesakit nyanyuk biasanya mudah lupa, jadi anda perlu bersabar setiap kali menunggu jawapan mereka.
* Wujudkan suasana yang bahagia dengan berbual sambil bercerita perkara lucu. Sekiranya mereka dalam mood sedih, cuba tukar persekitaran dan topik cerita.




Glukoma Curi Penglihatan???

Assalammualaikum semua,

Apa itu glaukoma??? Jom ikuti kisah ini yang telah ambil dari Utusan Malaysia, 26 Mac 2013 yang lalu untuk bacaan kita semua....



STEVENS yang mula didiagnos menghidap glaukoma ketika berusia 40 tahun, tidak menyangka akan melalui saat getir apabila terpaksa hilang penglihatan dalam sekelip mata sahaja.Katanya, penyakit tersebut tidak mempunyai tanda pada peringkat awal sehinggalah beliau mengalami sakit kepala yang berterusan selama seminggu. Namun beliau sememangnya telah menghidap diabetes sejak berusia 30 tahun lagi. Dalam tempoh tersebut sakit kepala yang menyerang saya tidak hilang menyebabkan saya mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan doktor.

“Selepas membuat pemeriksaan, saya disyaki menghidap penyakit glaukoma. Dalam tempoh tersebut juga doktor telah memberi ubat. Namun, disebabkan ketika itu keadaan tekanan darah dalam mata meningkat dan boleh merosakkan saraf, doktor telah mengesyorkan beberapa pembedahan," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Sambutan Hari Glaukoma Sedunia, anjuran Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Stevens, pada permulaan hanya mata sebelah kirinya sahaja yang kabur dan lama-kelamaan menjadi buta.Ia kemudian diikuti pula dengan mata sebelah kanan.“Hilang penglihatan secara tiba-tiba menyebabkan saya hilang arah dan tujuan hidup.“Selama setahun saya menjadi murung dan hilang keyakinan diri. Segala keperluan dan aktiviti harian tidak dapat dilakukan seperti biasa, sebaliknya terpaksa bergantung pada isteri. Sampai satu tahap saya cuba melakukan perkara di luar batasan kerana menghadapi tekanan yang melampau. Mujur isteri dan rakan-rakan banyak membantu memberikan sokongan moral untuk kembali bersemangat dan meneruskan hidup seperti biasa," ujarnya.

Selepas pulih daripada tekanan dan mula menerima hakikat tentang keadaan dirinya sebenar, Stevens memasang azam untuk membantu pesakit-pesakit yang senasibnya dengan mendapatkan bantuan terutama dari segi aspek maklumat dan psikologi. Beliau lantas menubuhkan Pertubuhan Glaukoma pada tahun 2009 yang kemudian nama tersebut telah ditukar kepada Persatuan Glaukoma Malaysia. Sementara itu, penyakit glaukoma juga sering digelar sebagai ‘Pencuri Penglihatan Secara Senyap’ atau ‘Penyakit Kebutaan Senyap’. 

Pada 2010 ia dihidap oleh kira-kira 8.4 juta orang di seluruh dunia dan dijangka meningkat kepada 11.1 juta menjelang tahun 2020. Pakar Perunding Oftalmologi PPUKM, Profesor Madya Dr. Jemaima Che Hamzah berkata, glaukoma adalah antara penyakit yang mengancam kesihatan manusia dan menjadi punca kebutaan nombor dua selepas katarak.

“Terdapat dua jenis glaukoma yang kerap dihidap pesakit iaitu glaukoma sudut tertutup dan glaukoma sudut terbuka. Dalam kalangan penduduk Asia, kadar penularan glaukoma adalah 2.4 hingga 5 peratus dengan kebanyakan kes adalah glaukoma sudut terbuka," katanya.

Beliau yang juga pensyarah perubatan di PPUKM berkata, glaukoma sudut terbuka adalah keadaan di mana cecair akueus yang biasanya beredar di hadapan mata disekat mengalir keluar dari mata melalui sistem saliran kecil.Ini menyebabkan tekanan di dalam mata meningkat dan menyebabkan saraf mata rosak.

Golongan yang berumur 40 tahun ke atas adalah mereka yang berpotensi menghidap penyakit tersebut selain faktor-faktor lain yang turut mempengaruhinya. Walaupun glaukoma menyebabkan kerosakan saraf mata secara kekal, kerosakan tersebut mampu dirawat seandainya rawatan diberikan ketika penyakit berada di tahap awal. Mereka yang berisiko menghidap penyakit ini adalah ahli keluarga yang menghidap glaukoma, penghidap kencing manis, mengalami tekanan darah dalam mata yang tinggi, pernah mengalami kecederaan pada mata, rabun jauh serta penggunaan steroid yang kerap dan berpanjangan.

“Walaupun tiada penawar bagi penyakit ini, kajian menunjukkan bahawa jika tekanan dalam mata dapat dikurangkan, glaukoma boleh dikawal dari menjadi lebih teruk. Pada masa ini terdapat beberapa rawatan untuk menurunkan tekanan mata seperti ubat mata, penggunaan teknologi laser dan juga pembedahan," kata Dr. Jemaima. Beliau berkata, terdapat dua jenis rawatan menggunakan laser iaitu Argon Laser Trabeculoplasty ( ALT) dan Selective Leser Trabeculoplasty (SLT). Ketika ini, PPUKM salah satunya hospital kerajaan yang menawarkan rawatan SLT kepada orang awam yang ternyata lebih selamat dan berkesan.
Dalam pada itu, majlis perasmian Sambutan Hari Glaukoma Sedunia, anjuran PPUKM disempurnakan oleh , Naib Censolar UKM, Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabuddin. Program bermula dari 14 hingga 15 Mac lalu turut menyediakan pemeriksaan penglihatan percuma kepada orang ramai dan ceramah umum penyakit tersebut. - SITI AISHAH YUSOFF




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130326/kn_01/Glaukoma-curi-penglihatan#ixzz2PwWf38W1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday 30 March 2013

Bagaimana Pencernaan Berlaku?

Assalammualaikum semua, dah makan tenghari ker? 

Bila cakap pasal makan kan? bagaimana makanan dicernakan dan diserap didalam tubuh badan kita? Jom ikuti video youtube ini...

(Dalam versi Indonesian yer...)


Itu cara bagaimana apabila makanaan telah masuk dalam tubuh badan kita. tetapi kalau kita ada masalah pencernaan pulak dan mengganggu proses pembuangan macam mane? Urrrrm....macam mane keadaan usus yang kotor? 


Eeeeuuwwww!!!! Gelinya usus yang kotor! Jadi mulai sekarang kesedaran dalam diri tu penting untuk menjaga usus sendiri supaya menjadi sihat. 

Jadi jom kite semak cara pemakanan kita sama ada sihat atau tidak dan ape yang kite makan dan ape yang kite minum? adakah air kosong kite minum banyak setiap hari???

Jom kenali cara pemakanan anda mulai sekarang! dan buat perubahan kepada yang lebih agar kesihatan yang terbaik boleh menjadi produktiviti kehidupan setiap saat... 
Insya Allah...

W'salam....


Saturday 23 March 2013

Penting Jaga Buah Pinggang Kita


Assalammualaikum sahabat ku sekalian, ape khbar? Sabtu dan Ahad nie cik mun nak duduk umah je. Penat bekerja seharian di pejabat. Tetapi cik mun tak lupa nak berkarya dan berkongsi info-info kesihatan dengan kalian semua. 

Topik kite pagi ini adalah pasal kepentingan menjaga buah pinggang. Masing-masing antara kite mempunyai buah pinggang nie. Penting tak jaga buah pinggang nie? Lepas tu kalau orang yang sakit buah pinggang tu kenape erk? Hah! Jom kite baca artikel yang cik mun dapatkan untuk sidang pembaca sekalian. 






Jadi kesimpulannya bersederhanalah dalam menjamu selera tu. Jangan melebih-lebih yer. Yang penting skali MESTI MINUM AIR YANG BANYAK dan DALAM KUANTITI BETUL! 


Monday 11 March 2013

Kisah saya dalam "Herbalife"

Assalammualaikum semua,

Jom ikuti rakaman video ini tentang bagaimana saya boleh jumpe dengan ""Herbalife".

Selamat menonton! Hikhikhikhikhik...



Macam mane? Hihihihi...itulah saya....maaf rakaman ini dibuat dengan menggunakan telefon Sony Ericson kesayangan saya yang biasa-biasa je. Hihihihihi...

Jadi mulai sekarang nie belajar beberapa perkara berikut :
1) minum air kosong dengan kuantiti yang sebetulnya iaitu 25 kg = 1.5 liter
2) makan cara pemakanan yang betul dengan pengambilan kalori yang betul 
3) mesti bersarapan, jangan skip makan tau...nnti kite makan lagi banyak 2 kali ganda....

Sharing with love...

-Cik Mun-  

Friday 15 February 2013

Huh! I'm Falling In Love!

Urrrm....nyummmyyy!!! Sedapnye!!! Nak tengok saya makan ape tak? Hehehehe....takleh tengok...rahsia! tapi memang sedap! Sape kat sini ada gejala "Huh! I'm falling in love" dengan satu-satu makanan yang kite suka. Kalau kite suka makan sesuatu tu,mesti kite akan berulang kali beli dan beli.Kalau tak beli hari nie,mesti beli esok,kalau tak lusa atau pn minggu depan.Hehehehe....kalau tak pun,bila dah masuk waktu untuk makan mesti beli makanan 'itu' sahaja.Ape makanan 'itu'??? Jeng-jeng...tanyelah diri korang sendiri.Hehehehehehe....

Jadi isunya sekarang nie...salah ker kalau kite beli makanan kegemaran kite???? Cepat-cepat hantar sms kat no sendiri pastu jawab sendiri.Kahkahkahkah!!!! Ok-ok! ade cik kak tu buat muka lak....sorry-sorry kak...jangan lah marah...cik mun bergurau je la...<nak bergurau pun takleh r> <kahkahkahkah!!!!! gelak dlm hati je>....

Ok,ini pendapat saya yea...kalau nak beli makanan kegemaran ape pun tak salah.tapi yang menjadi kesilapan yea.kat sini bukanlah kesalahan,denda,penalti,kad merah,kompoun atau ape pun tetapi ia boleh ditafsirkan sebagai 'kesilapan' yang adakalanya kite selalu buat dan ada juga yang kate 'kadang-kadang' buat....Ok apakah kesilapan yang dimaksudkan disini??? Bila kita beli sesuatu yang sedapppp! ia selalunya termasuk dalam kategori kalori betul tak? mesti ada kaitan antara satu sama lain. kalau kite makan makanan yang dalam KUANTITI yang BANYAK pastu kite terfikir tak yang JUMLAH KALORI MENINGKAT dalam tubuh badan kite tu bape??? mesti tak kire kan? kalau setiap kali nak makan kite mengira jumlah kalori,tak jadi kite nak makan lak kan?betul tak??? hehehehehe....jadi macam mane nak buat untuk memastikan jumlah kalori itu adalah sederhana? Jawapannya mudah je iaitu SEDERHANA JUMLAH PENGAMBILAN KUANTITI MAKANAN.....pernah tak tengok orang makan sederhana itu akan kenyang ker tak??? Cuba anda buat dan ketahui manfaat sederhanakan jumlah pengambilan makanan. 

Tapi ada juga yang tanya kenapa berat badan masih naik lagi? jarum kat penimbang tu statik je kalau 70kg...70kg jer....tak berubah-ubah...

Hah! itu ada kaitan dengan air kosong. Minumlah air kosong byk-byk sebab setiap 25kg berat badan = 1.5 liter air....kalau nak tahu lebih lanjut pasal Info Air? Cuba rajinkan jari tu untuk klik ker entry saya pasal air. Ada saya post kan sebelum nie...Hehehehehe....

Ok,ape pun makanan yang buat kite telah "Jatuh Cinta"....kite perlu bijak untuk makan dan kawal. Kalau terlebih makan kang jadi "bam bam bam"....nnti org cakap 'ala....tomey-tomey'....hahahahahaha!!!! 

Sayangi Mata Kita

Assalammualaikum semua! Selamat petang! Ape khabar kalian semua hari nie? Have had your shake today? Hehehehehe...Yes! I am! 

Ok,ape topik kite petang ini erk? bacalah kat atas tu...kan dah ada tajuk.Kahkahkahkah!!!! Ok-ok...cakap pasal mata,mesti semua orang ada sepasang mata yang cantik kan? Betul tak? dari matalah ia mencerminkan segala keperibadian seseorang itu. Lawanya mata kerana cahaya didalam mata itu bersinar dengan izin dari-Nya. 

Jadi ape yg cik mun nk cite petang nie? Iaitu tentang sesuatu penyakit yang secara senyap boleh menghilangkan penglihatan kite. Jadi ape kata, kite ikuti klip video youtube dibawah ini. 


Dah tengok video youtube kat ats nie? Mesti ada yang tahu ape itu glukoma dan ada yang tak tahu ape itu glukoma kan? Betul tak? Jadi jom kite selami ape itu glukoma. 

Apakah glaukoma?

Ia adalah sejenis penyakit mata yang menyebabkan kerosokan saraf optik mata. Kerosakan yang teruk boleh menyebabkan kebutaan mata. Namun begitu, kalau keadaan ini dikesan awal, ia boleh dirawat dan penglihatan boleh diperiharakan.


Apakah yang menyebabkan glaukoma?

Kebanyakan kes glaukoma disebabkan oleh kerana saliran air keluar dari mata tidak lancar dan ini menyebabkan tekanan mata naik. Tekanan yang tinggi akan menyebabkan kerosakan saraf optik. Namun begitu punca glaukoma tidak difahami sepenuhnya.. Sesetengah orang ada tekanan tinggi dalam mata tetapi tidak mengalami kerosakan mata. Orang lain mungkin mengalami tekanan mata yang normal tetapi saraf optik mengalami kerosakkan. Faktor yang lain seperti kekurangan pengaliran darah ke dalam saraf optik atau kelemahan saraf optik juga memainkan peranan.


Bagaimanakah saya boleh mengetahui saya mengidap glaukoma?

Ramai orang yang mengidapi glaukoma tidak sedar mereka ada masalah ini pada tahap awal. Glaukoma menyebabkan penglihatan bahagian tengah kabur pada tahap lewat sahaja. Anda perlu diperiksakan oleh pakar mata untuk mengesan penyakit ini pada tahap awal. Ini membolehkan rawatan awal diberi sebelum kehilangan penglihatan berlaku.


Bolehkah rawatan ini merawati dengan sepenuhnya masalah penglihatan?

Kalau terdapat kehilangan penglihatan yang sudah terjadi, ianya tidak boleh dikembalikan. Sebab itu rawatan awal amat penting untuk mencegahkan dari kerosakan mata yang tetap.


Adakah ini bermakna saya hanya terdapat tahu masalah ini bila sudah terjadi kehilangan penglihatan?

Ya, ini biasanya terjadi kalau seseorang tidak pergi untuk pemeriksaan rutin.


Adakah ini bermakna kehilangan penglihatan yang sudah terjadi tidak boleh dikembalikan dengan rawatan?

Ya. Penglihatan tidak boleh dikembalikan dengan rawatan ubat. Ubat yang digunakan untuk mengawal tekanan mata boleh menolong mengekalkan penglihatan yang masih ada.


Bolehkah rawatan herbal atau tradisional menolong?

Tidak ada rawatan herbal atau tradisional yang boleh merawat masalah ini. Lebih banyak penglihatan boleh hilang jikalau seseorang membuang masa dengan mencari rawatan alternatif yang tidak membantu.


Adakah beberapa jenis glaukoma?

Glaukoma sudut terbuka ialah yang paling kerap ditemui dan ini terjadi bila saliran air keluar dari mata menjadi tersumbat, menyebabkan tekanan mata naik sekadar perlahan dan pesakit akan mengalami kehilangan penglihatan dengan perlahan.


Glaukoma sudut tertutup (juga dipanggil akut) lebih jarang. Dalam keadaan ini, saliran air akan tiba-tiba tutup dan ini boleh menyebabkan kebutaan kalau tidak dirawat dengan cepat. Biasanya mata yang mengalami serangan akut akan mengalami kemerahan dan kesakitan mata. Ini boleh diiringi oleh sakit kepala sebelah, kekaburan mata, rasa loya dan bermuntah. Rawatan kecemasan diperlukan dan ini kadang-kadang memerlukan kemasukan ke dalam wad. Ubat akan diberi untuk merendahkan tekanan mata, diikuti dengan laser atau pembedahan. Mata sebelah juga diberikan rawatan kerana ada kemungkinan masalah yang sama boleh terjadi.


Ada 2 jenis lagi penyakit glaucoma iaitu glaukoma secundar, di mana tekanan tinggi dalam mata ialah kerana masalah mata yang lain dan glaukoma kongenital di mana seseorang dilahirkan dengan keadaan ini.


Apakah rawatan untuk glaukoma?

Rawatan adalah untuk merendahkan tekanan mata dan menghalang kehilangan penglihatan. Rawatan termasuk ubat titis, rawatan laser dan pembedahan. Kesemua rawatan ada kebaikan dan keburukannya dan cara rawatan terbaik untuk seseorang ialah hasil keputusan pesakit dan doctor setelah pelbagai opsyen dibincangkan. Rawatan tidak boleh mengembalikan kerosakan yang telah terjadi ke atas saraf optik, jadi penglihatan yang telah rosak tidak boleh dibaiki.


Ubat

Ubat titis adalah biasanya langkah pertama dalam rawatan ini. Ada pelbagai ubat yang bertindak dengan cara yang berlainan. Adalah penting untuk menggunakan ubat ini setiap hari seperti dinasihatkan oleh doctor, kerana tekanan akan menaik sekiranya ubat tidak digunakan. Ada ubat titis kombinasi yang boleh digunakan sekiranya pesakit memerlukan lebih daripada satu ubat. Kesemua ubat titis boleh menyebabkan kepedihan mata. Kesan sampingan juga termasuk pertukaran perasaan lidah, pertukaran warna iris, bulu mata yang lebih panjang dan lebat, sakit kepala dan kekaburan mata.


Rawatan laser

Laser digunakan untuk merawat glaukoma sudut terbuka dan tertutup dengan laser yang berlainan dan teknik berlainan. Laser boleh digunakan untuk membuka lubang di trabekular meshwork. Procedur ini biasanya cepat dan tidak sakit. Ianya tidak memerlukan ubat bius seluruh badan dan tidak perlu kemasukan ke dalam wad. Kejayaan prosedur ini berbeza untuk setiap individu dan kadang-kadang ubat tits mata masih diperlukan selepas laser, tetapi dalam dos yang lebih rendah.


Berapa lamakah prosedur laser?

Ini mengambil masa lebih kurang lima belas minute.


Perlukah saya baring untuk prosedur ini?

Tidak perlu.


Pembedahan trabeculectomi

Ada pelbagai jenis pembedahan untuk glaukoma bergantung kepada keperluan individu.


Keberkesanan ubat yang baru untuk glaukoma telah mengurangkan kadar pembedahan untuk glaukoma. Tetapi pembedahan adalah opsyen bila ubatan dan/atau laser tidak berjaya merendahkan tekanan mata.


Pembedahan adalah untuk menghasilkan sebuah lubang yang kecil di dinding mata supaya air boleh dilepaskan keluar dari mata dibawah bahagian conjunctiva. Dari situ, air itu akan mengalir masuk ke dalam saluran darah. Setelah pembedahan ini, seseorang biasanya boleh berhentikan ubat glaucoma tetapi kadang-kadang satu antara lima orang perlu sambung guna ubat itu.


Rawatan untuk glaukoma adalah efektif dan kebanyakan orang boleh mengekalkan penglihatan mereka kalau rawatan diberi pada tahap yang awal dan pesakit patuhi regimen yang disyorkan.

Ini saranan saya buat semua sahabat diluar sana.Pergilah buat medical check up untuk mata kalian itu.Jangan ditunggu-tunggu lagi.Tidak salahnya membuat pemeriksaan kesihatan sesekali untuk penglihatan sendiri. Hargailah kurniaan Allah yang telah diberikan ini.