Sunday 3 February 2013

Jenis-jenis Kulit

Apakah organ yang paling terbesar dalam diri setiap kite? Mestilah kulitkan. Bayangkanlah kalau badan kite takde kulit. Habis nampak rangka-rangka tulang dan organ-organ dalaman kite. Hahahahaha! Lucu kan kalau macam tu? Jadi bersyukurlah kite semua atas setiap pemberian yang Allah berikan. Ape yang Allah berikan ke atas diri setiap kite memang dah cantik. Tak kisahlah kulit putih ker, sawo matang ker, kuning langsat ker, yang penting kulit kan? Betol tak? Jadi bila kite dah ade kurniaan yang terbesar dari Allah nie, kenelah kite jaga. Janganlah dok biarkan je kulit kite nie terus menerus bermasalah. Bermasalah macam mane tu? Misalnye kulit muka berjerawat yang serius, ruam yang serius, dan macam-macam lagi. Jadi ape kate kite kenali kulit kite semua. Jom kawan-kawan! 



Berikut merupakan jenis-jenis kulit yang perlu diketahui :

1-Kulit Normal
2-Kulit Kering
3-Kulit Berminyak
4-Kulit Kombinasi

KULIT NORMAL
Kulit jenis biasa ( normal ) adalah kurniaan tuhan iaitu kulit kelihatan halus dan bersih - seperti kulit bayi.

KULIT KOMBINASI
Kulit jenis ini adalah licin, lembut dan lembab apabila disentuh. Kadang kala kulit jenis ini lebih kepada kering atau berminyak. Keadaan pori pori adalah sekata dan halus. Warna kulit nampak sihat dan berseri. Penjagaan kulit sebegini harus diamalkan supaya selalu kelihatan bersih dan gebu. Kadang kala kulit sebegini akan bertukar, bergantung pada penjagaan, jenis produk yang digunakan , keadaan persekitaran dan hormon.

Masalah masalah biasa yang mungkin dihadapi :
  • Kelenjar minyak yang tidak sekata
  • Muka kering
  • Jeragat (pigmentasi)
  • Whitehead ( Milia Seed )

KULIT KERING
Kulit jenis ini biasanya kurang berminyak / lembab atau kedua duanya sekali. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin ( air–conditoner ), pembersih muka yang beralkali tinggi ( sabun mandi yang buih berlebihan), kurang minum air dan ubat - ubatan ( medications – Roaccutane ).

Masalah masalah yang biasa dihadapi adalah:
  • Kedut / garis garis halus
  • Bintik bintik hitam (freckles)
  • Whitehead ( Milia Seed )
  • Hitam di sekeliling mata
  • Jeragat (pigmentasi)
  • Keseluruhan muka kering dan kusam

p/s : cuba tekan pipi anda dengan jari telunjuk... dan halakan ke arah hidung secara perlahan dan lembut... .. jika terdapat garis-garis menunjukkan kulit anda adalah kering dan perlu diberi perhatian.." kulit kering adalah salah satu penyebab jeragat!!!

KULIT BERMINYAK
Kulit jenis ini biasanya kelihatan tebal dengan pori pori terbuka. Ia kemungkinan bermasalah ( jerawat - akibat penyumbatan pada pori pori) kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit. Disampig itu, faktor hormon ( remaja ), cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi juga boleh menyebabkan kulit berminyak. Kebaikan kulit sebegini adalah ia melambatkan proses penuaan.

Masalah masalah yang biasa di hadapi adalah seperti berikut:
  • Blackhead
  • Jerawat
  • Pori pori terbuka
  • Parut
  • Keseluruhan muka berminyak

KULIT BERMASALAH
Kulit bermasalah mempunyai ciri yang sama seperti kulit berminyak iaitukelenjar minyak terlalu aktif. Faktor hormon ( remaja ) merupakan salah satupunca minyak berlebihan. Jerawat terjadi apabila pori pori yangmengeluarkan minyak berlebihan akan merangsang pembiakan bakteria.
Inilah yang menyebabkan jerawat (acne) timbul. Oleh itu, pembersihanyang sempurna amat digalakan. Hormon yang tidak seimbang ketika
berlakunya pengaliran haid menyebabkan pertumbuhan jerawat padabahagian mulut, dagu dan dahi – ini hanya sementara waktu.

Masalah masalah yang biasa adalah seperti berikut:
  • Blackhead
  • Jerawat
  • Jerawat batu
  • Pori-pori terbuka

Kulit Sensitif
Jenis kulit ini sangat peka terhadap rangsangan factok luar. Misalnya perubahan cuaca,ia boleh mengakibatkan kulitnya pecah-pecah, memerah dan pedih. Kesalahan penggunaan kosmetik akan mempengaruhi kulit tersebut. Perhatikan betul-betul kegiatan harian kita , terutama apa yang kita makan, jenis produk ,skin care yang kita guna dan keadaan persekitaran,tempat kita selalu lepak,kerja dalam aircond, panas terik atau banyak lagi faktor persekitaran.

Anda boleh lihat bila keadaan sensitif itu terjadi?
  • Guna produk muka jenama baru
  • Makan sesuatu jenis makanan
  • Terdedah dengan perfume, pewarna rambut,atau apa2 bahan kimia
  • Masa mandi dan minum air berklorin
  • Terkena sabun cuci baju
  • Berada di tempat atau bangunan tertentu
  • Sedang stress

  • Simptom semasa kulit sensitif

  • Kulit menjadi merah
  • Kulit menjadi pedih
  • Kulit mengelupas
  • Kulit rasa terbakar
  • Tompok-tompok hitam
  • Naik ruam /jerawat
  • Semua diatas.


  • Ok berikut adalah sebab-sebab asas kulit sensitif.

    kalau anda tiada masalah diatas tapi masih juga ada masalah ini sila jumpa pakar kulit.
    p/s : jangan menggunakan produk-produk kulit yang mengandungi bahan formaldehyde-based preservatives dan Sodium Lauryl Sulfate.



    Selain daripada mengenali jenis-jenis kulit, kite kena juga double check cara pemakanan kite setiap hari, gaya hidup, dan bermacam-macam lagi yea. Jika saya stress, mesti naik jerawat, jadi kalau tak nak stress kene stay cool kan? Hahahahaha! Tapi boleh ker? Saye pun macam orang lain gak, naik jugak jerawat kat muka, cuma taklah serius. Penggunaan salah produk kecantikan muka pun boleh menyebabkan kulit wajah berjerawat atau bermasalah malah semakin teruk. Betul tak? Bila tengok model-model dalam tv tu pakai produk X la produk Y la mesti kite nak try kan sedangkan ia belum tentu sesuai dengan kulit diri kite. Hehehehehe...sape pernah kene macam nie? Angkat tangan! hahahahaha! Saye pun pernah jugak. Sape tak nak cantik kan? Betol tak? Lumrah manusia, lagi-lagi perempuan mestilah nak kelihatan cantik dan cantik. Hehehehehe...

    Jadi pengalaman saya, kalau saya dah stay on produk itu untuk diri saya, saya continue je,takde nye nak berubah-ubah ikut orang. Melainkan dah tak sesuai dengan diri sendiri dah. Pernahlah hari tu try pakai bedak produk Zzzzz, habis naik jerawat! Wahhhh! Tak nak dah beli bedak Zzzz...sekarang pakai bedak biasa-biasa je yang memang dah sesuai dengan skin sendiri. Hehehehehe... Bak kate pepatah orang lama-lama, kalau dah sesuai dengan diri sendiri tu, "setia pada yang satu" je la...kahkahkahkahkah! 

    Kalau dalaman badan memerlukan 'inside nutrition'...jadi 'outer nutrition' juga penting pada kulit kite. So, kenali kulit anda untuk membolehkan anda ketahui 'outer nutrition' yang sesuai dengan diri anda. 'Outer Nutrition' bermaksud set penjagaan wajah atau kulit yang berasaskan vitamin-vitamin dan sumber-sumber asli yang memberikan keseimbangan PH kulit dan kesegaran kulit kite. Wahhh! Macam ayat iklan kat TV la! 
    Kihkihkihkihkihkih! ^____^ 

    *Foto ini dipinjamkan untuk hiasan semata-mata*

    No comments:

    Post a Comment