Tuesday 1 January 2013

Formula Kurus!

As-salam dan salam sejahtera semua...


Jika di tanya soalan ni, "sape nak kurus???" mesti semua jawab "saya nak! saya nak! tapi macam mane nak buat? saya dah control makan.saya makan skit.saya diet.macam-macam saya buat tapi semuanya tak berhasil.mane silapnya ya??? boleh awak bantu saya cik mun???" Insyaallah saya pasti boleh bantu mereka yang ada masalah nak turunkan berat badan.Sebelum ini pun saya ada masalah yang sama juga iaitu tahap kegemukan saya yang sangat membimbangkan.Untuk lose weight, saya telah belajar mengenali apa itu nutrisi, kalori,healty meal dan minum air secara konsisten. 

Kalau kita belajar matematik pun ada formula, nak kurus pun ada formula.Jadi apakah formula untuk kurus? Jom tengok gambar kat bawah ini. 



Sebelum kita ketahui bagaimana berat badan kita boleh turun, jadi kita kenal dulu bagaimana berat badan kita boleh naik secara mendadak. 

a) (Kalori tinggi + Lemak tinggi) - Air kosong kurang minum = Gemuk @ Berat Naik

>>>apabila kita mengambil makanan yang mempunyai kalori yang tinggi secara tidak langsung lemak dalam badan kita akan menjadi tinggi dan lemak yang tinggi ini pula menjadi tepu didalam badan apabila kita kurang minum air kosong dalam sehari. 

b) (Kalori kurang + Lemak tinggi) - Air kosong kurang minum = Gemuk @ Berat Naik

>>>apabila kita kurang mengambil makanan yang kurang kalori tetapi lemak dalam badan tetap tinggi kerana kita kurang minum air kosong walaupun kita control pengambilan kalori yang tinggi.

c) (Kalori kurang + Air kosong minum 3 Liter) = Lemak turun @ Berat Turun @ Kurus 

>>>apabila kita kawal pengambilan kalori dengan kadar yang sepatutnya diperlukan oleh badan kemudian kita konsisten minum air kosong 3 liter sehari,lemak dalam badan pasti turun dengan bantuan air kosong tadi seterunsya berat badan turun dan akhirnya kita boleh kurus. 

Sepanjang proses lose weight,apabila pengambilan kalori dikawal mengikut kadar yang sewajarnya diperlukan oleh badan dan dibantu pula dengan minum air kosong secara konsisten sebanyak 3 liter sehari,pasti lemak dalam boleh turun dan apabila lemak turun maka atas sebab demikianlah otot badan menjadi menggeleber @ flebby. Maka pada ketika itulah perlu ambil protein. 
Jadi macam mane? Dah faham bagaimana berat badan boleh naik dan berat badan boleh turun? Apabila kita kurang minum air kosong, makanan yang kita makan itu mempunyai sejumlah kalori yang besar (bergantung pada apa yang kita makan) dan ia menyerap menjadi lemak secara perlahan-lahan sehinggakan pada suatu hari bila pakai baju, kita rasa sendat dan ketat bila pakai baju kurung.Masa itulah kita akan tahu bahawa kita telah gemuk dan berat badan kita telah naik dengan banyak tanpa kita sedari. Sebenarnya kita lebih memerlukan air dalam badan daripada makanan kerana dalam sistem tubuh kita 70% adalah terdiri daripada air sahaja.Jika kita kurang minum air kosong maka kita akan terhidrasi (kering) maka atas sebab itulah ada simptom kulit kering,lemah badan (tak bermaya) sebab kurangnya oksigen dalam badan.Dalam air mengandungi H2O iaitu kandungan oksigen yang membekalkan kita oksigen untuk bernafas dan seterusnya membantu sistem tubuh kita dalam menjalankan prosesnya dengan lancar.Ada segelintir di antara kita merasakan makan itu adalah perlu daripada minum air,mungkin ada juga yang cakap "kalau tak makan,lapar la", ya itu betul.Kalau tak makan kita memang rasa lapar tetapi apakah makanan yang kita berikan kepada perut kita? Adakah ia merupakan "healty meal" atau tidak? 
Apa itu "healty meal"???? Healty meal itu membawa pengertian dalam sebuah pinggan itu mengandungi karbohidrat sikit, sayur-sayuran banyak,protein banyak.Makan secara seimbang dan sihat.Jika kita makan makanan yang kita suka saja mungkin boleh membawa kepada masalah sembelit, jerawat di wajah, kulit kasar dan bermacam-macam lagi. Jadi mulai sekarang ubah cara kita makan setiap hari,cuba amalkan cara pemakanan yang sihat untuk diri kita sendiri.Mesti ada yang cakap "tak kan nak makan ikan je atas pinggan,dengan nasi sikit,dengan sayur". Protein tak semestinya hanya ikan selain ikan, sumber protein adalah  seperti tauhu, tempe, kekacang dan ayam (bahagian isi tiada lemak). 


Soalan yang biasa kita dengar orang akan cakap bagaimana Nutrisi Herbalife boleh membantu untuk lose weight??? Jom rujuk gambar dibawah ini :

Ini adalah asas untuk lose weight dengan Herbalife.Ketika saya hendak lose weight dulu, berikut adalah meal plan saya :

Sarapan Pagi : Shake F1 dan Minum Tea Mix
Makan Tengahari : Makan nasi + ikan + sayur + buah (kurang kandungan gula) 
                            (Makan secara Healty Meal)
Makan Malam : Shake F1 dan Minum Tea Mix, jika lapar saya makan biskut fiber.
*** Sehari mesti minum air kosong sebanyak 3 liter - 4 liter. 
Ramai kawan-kawan saya tanya pada saya soalan sedemikian. Mesti ada juga yang nak tanya soalan seperti berikut :
1) cik mun tak makan nasi ker? minum herbalife nie je ker???
>>>cik mun makan nasi juga tapi secara healty meal kemudian minum air secara konsisten sebanyak 3 liter - 4 liter sehari. 

2) kalau minum herbalife nie confirm boleh turun berat badan bape lame erk??? 
>>>kadar minimum untuk turun berat badan dalam sebulan adalah disarankan kepada 3 kg hingga 5 kg sahaja tengok pada sistem tubuh seseorang itu. Penurunan berat badan secara mendadak adalah tidak bagus untuk sistem tubuh dalaman badan kita sendiri. Lebih-lebih lagi,herbalife ini adalah nutrisi bukan ubat-ubatan yang mengandungi dadah malahan herbalife ini membantu memperbaiki sel-sel dalam sistem tubuh kita kepada yang lebih baik.

3) saya pernah ambil herbalife nie tapi berat badan saya semakin naik dan tak turun-turun.kenape erk jadi mcm tu?
>>>Dalam herbalife ada 3 program iaitu untuk lose weight, maintain dan untuk gain weight.Jenis produk nutrisi yang diambil adalah saya cuma cara pengambilannya sahaja adalah berlainan.Untuk lose weight perlu berikan nutrisi di awal pagi sebagai sarapan, jika selepas makan makanan berat dan terus shake Formula 1,berat badan mesti naik kerana itu adalah program untuk gain weight (kurang berat badan).Jadi sebelum consume herbalife pastikan anda memperolehi garis panduan dan coaching daripada Pengedar Herbalife yang bertauliah dan berpengalaman.


4) kalau minum herbalife nie kene berulang selalu ke bilik air tak??? 
>>>Dalam proses penurunan berat badan,nutrisi memerlukan sejumlah air kosong yang banyak untuk mempercepatkan proses penyerapan nutrisi didalam sistem tubuh badan.Tujuan minum air kosong ini adalah untuk membuang toksik dan menguraikan lemak-lemak lama yang dah lama terperap kat sekeliling dinding usus atau dinding dalam badan kita.Jadi berulang banyak kali ke tandas adalah bertujuan utk buang toksik dan lemak-lemak dalam badan.


5) saya pernah ambil herbalife nie tapi selepas consume beberapa hari herbalife,saya rasa pening-pening. kenapa erk??? 
>>> itulah adalah dinamakan proses healing crisis.apabila sistem tubuh menerima sesuatu yang baik maka pasti ada tindak balas untuk kali pertama kerana tubuh badan yang telah lama mengandungi lemak dan toksik kemudian pada suatu hari kita nak detoxnya pasti berlaku tindak balas kali pertama.Jika merasakan sedemikian,jangan stop consume nutrisi kerana ia adalah permulaan sistem tubuh kita hendak menyesuaikan diri dengan apa yang baik kita berikan.Saya juga pernah pening-pening kali pertama consume nutrisi ini pada hari pertama kemudian pada hari kedua saya telah ok seperti biasa. 

6) kalau nak turun berat badan dalam masa 7 hari, 10 kg boleh tak??? 
>>>jika hendak turunkan berat badan,wajar meletakkan target tetapi biarlah berpada-pada, logik dan tidak membahayakan tubuh badan. saya dulu masa turun berat badan, bulan pertama saya berjaya turun sebanyak 5 kg walaupun sedikit tetapi alhamdulillah ia tidak terlalu mendadak dan yang paling best nutrisi ini berjaya reshape kan otot tubuh badan saya agar tidak menggeleber @ flebby.Jadi untuk meletakkan target lose weight biarlah logik dan tidak membawa kesan yang boleh memudaratkan organ dalaman kita seperti jantung.Jantung akan terkejut jika berat badan kita turun secara mendadak kerana pengaliran darah ke kapilari darah akan terkejut kerana sel-sel badan saling bertindak balas apabila kita turun berat badan secara mendadak dan tiba-tiba. Jadi AWAS!!!! jangan kerana nak kurus meletakkan target untuk kurus terlalu tinggi.

3 comments:

  1. Assalamualikum...
    Sy nak minta izin.. nak copy entry ni...

    ReplyDelete
  2. Banyak betul tips yang dikongsikan, sangat bermanfaat.

    Entri terkini :Formula kurus untuk orang yang malas

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian. tak sabar nak cuba!

    ReplyDelete